Friday, July 15, 2011

live from bukit jalil

Yahoo..ayg belanja tgk player liverpool live.ramai peminat LFC yg dtg ke bukit jalil hari ni tgk player liverpool berlatih.ni 1st time team ni dtg Malaysia.sabtu ni team kebangsaan akan lawan team liverpool.emm, tp yg x syoknya gerrad takde td.walauapapun thank you so much kat ayg yg bawa lin ke bukit jalil.hehe

Wednesday, June 29, 2011

sibuk dengan kerja..

lama tak menulis kat blog ni..sekerat2 je kalau tulis pun.
aku bz skrg..
macam2 nak kena buat. semoga usaha aku mendapat keberkatanNya.
sekarang dah nak start semester baru. banyak juga nak kena hadap. nak buat lantikan Penasihat Baru (PA). nak kena settle fail PA, nak kena buat FRP, nak cr nota2 bg kursus yang baru aku nak ajar. g berkursus lagi.
huwwaaaa, sempat ke nak setle semua ni.
sekarang sibuk plak nak buat perbentangan paper..nak cari pengalaman dalam perbentangan dikhalayak ramai.  emm aku rasa nak kena jadikan budaya semasa aku bekeja ni.ada je peluang utnuk present aku cuba nak join. semoga aku tak putus asa. mmg memerlukan masa secukupnya untuk buat research.

Tuesday, June 28, 2011

LETIH
 

Tuesday, June 21, 2011

kursus

berkursus di Park Avenue Hotel Sg.Petani.
21hb -23hb Jun 2011.

best g kursus ni. kursus CPCM.keusahawanan dalam pendidikan.
tadi abah gtau nak dtg kulim khamis ni. yee...tak sabar nak tunggu emak abah sampai.

Thursday, June 9, 2011

YA ALLAH


permudahkanlah urusan hambamu ini.

AVAIL



AVAIL




Ada Visi Allah Izin laluan






Always Very Active In Life

suka-suka

Alhamdulillah...semoga dapat pergi lagi ke sini.
makan angin di penang

 

jalan2 tgk dinasour....orrrrrr

honeymoon di Kuching Sarawak




@ Perth, Australia in memory....dis 2009




dah booking nak g langkawi bulan 2/2012
n g kota kinabalu bulan 6/2012

kena kumpul duit bagi cukup nak jalan2 lagi... :p

Tuesday, June 7, 2011

puasa lagi..

Alhamdulillah pagi tadi dapat bangun untuk bersahur. still juga makan pisang dan minum air sahaja. pengalaman dari semalam, makan pisang aku lebih bertenaga dan tidak rasa lapar sepanjang hari. mudah2an puasa hari ini diterima olehNYA..

hari ni banyak tugasan, kuiz dan ujian yang perlu ditanda. semester pendek kali ni ada 16 pelajar yang mendaftar untuk kelas kej. bekalan air dan air sisa. ada 5 minggu untuk menghabiskan silibus. ni kira dah penghujung semester pendek.

oklah..nak sambung buat kerja.

Monday, June 6, 2011

telekomunikasi ke komunikasi...

now saya pengguna DiGi postPaid: DG smartplan..
yg bestnya bila2 masa je boleh surf internet n call out.
berbaloi2 dan puas hati....

sebelum ni guna broadband celcom..lama gak..
dari tahun 2008-2011.ada sejarahnya sebab masa tu duduk berjauhan dengan husband
 n nak buat video call (SKYPE) tiap2 malam n tiap2 hari..
cewahhh...nak lepaskan rasa rindu dok berjauhan. masa tu hb di arab saudi dan i kat malaysia. nak jimatkan cos panggilan..bayangkan kalau dah hari2 call maunya sebulan rm300..kalau dah plus bill i n hb sebulan rm600.pehh dasat..dah macam masa musim cinta muda2 dulu..haha yg tu lagi teruk, masa bercinta tak pk apa parents yg kena bayar plak kalau gn telefon rumah.ishhh..
amik package broadband celcom yg RM98.00 sebulan.
Celcom yg awal2 ada broadband..mudah nak bawa g memana pun that time.ke mana2 je boleh gn broadband..tp tak mampu nak gn dua2 so kena decidelah nak terminate yg mana satu. emm kesudahannya i pilih digi smartplan..nak masukkan simcard digi dlm i punya broadband house pun boleh..lg best kat rumah ada wifi router, so lg lju kalau gn tu..kalau hb ada kat rumah dua2 boleh layari internet tanpa nak gaduh2.haha..maklumlah dua2 keja so dua2 kena ada laptop sorang satu..

saya juga pengguna celcom..dulu saya gn prepaid tp saya tukar postpaid.malas dah tua2 ni g kedai nak beli topup.haha..(kadang2 beli topup kat online bank)..ishh..Gn yg plan exec 1+5..(erkk skrg pun dok jauh juga. hb i kat ipoh i kat kulim). jumpa hujung minggu je.hehe yg ni i cuma kena bayar rm8 je.so free call free sms free video call with my husband.cm kalau i call out n sms out from the list (yg 5 org tu) jadi mahalle. tu pun salah satu i pilih Digi smartplan ni.




dulu
bill yg kena bayar Broadband celcom RM98
Celcom RM8+RMxx(call out)

sekarang bill yg nak kena bayar:
celcom RM8.00
digi RM78.00 (fix) +RmXX (call out).

dulu ada 1 telefon sekarang dah ada 2 telefon. haha..





puasa

Alhamdulillah hari ni puasa sunat.. pagi2 dah bangun nak sahur. emm cuma sahur dengan sebiji pisang dan air je. Alhamdulillah dapat bertahan sampai sekarang dan hendaknya sampailah waktu berbuka maghrib nanti.
semoga puasa ni dapat keberkatan dariNYA..amin.

Saturday, June 4, 2011

Layan Je

KAWAN SAHABAT TEMAN

ada kawan,sahabat dan teman yang baik
ada yg tak baik,ada yg pura-pura baik,ada yg tikam belakang
ada yg sentiasa bersama semasa susah dan senang
ada kawan,sahabat dan teman yang lepak sama2...ketawa sama2..menangis sama2..
kawan yg boleh bertukar2 pendapat, idea
kawan yg memberi kata semangat, motivasi dan menceriakan suasana..
bukan mudah untuk mendapatkan kawan,sahabat dan teman sejati
bukan mudah kita nak mempercayai seseorang
bukan senang nak buat org percaya pada kita
ada yg mudah merobek kepercayaan yg diberi


 haha..entahapaapatah...

Friday, June 3, 2011

coshare ke mbsb ke BSN ke bank rakyat ke.......

mana yg lebih baik untuk pinjaman bg kakitangan kerajaan..

http://www.coshareonline.com
http://pinjamanmbsb.net
http://pinjamanperibadi.org
WEBSITE bank rakyat, BSN











Thursday, June 2, 2011

besar sudah....

waaaaaa..aku dah gemuk...nak kurus..nak kurus..
tp mcm ne nak diet..huhu..
skrg pakai premium beautiful..mmg selesa bila pakai tp agak susah nak maintain untuk memakainya..kena bg psiko pada diri sendiri..mahal tu tp berbaloi2.hehe...
ada kawan2 yg ajak aku join bisnes hi-o PB ni tp aku tak ckup modal..mcn ne..so skrg tekad nak pakai dulu n bila dah aa hasilnya aku cb join PB group bisness ni k.
pepagi hari aku dah sampai opis. kol 7.25am.. yg ada cuma zul..haha..sib baik dia dtg awal ada gak yg tolong buka pintu opis..kalau tak jenuh aku dok luar tunggu org lain buka pintu.hee aku takde kunci..
waaa..member dtg bawak nasi lemak..makan free..camne nak DIET nii..ee maslina ni saja je tau..takpe2 aku diet waktu malam je..tak makan berat waktu malam..cadang nak makan sup je..hahaaaaaaa...

Tuesday, May 31, 2011

Dapur Idaman

emm dok google ternampak interior design untuk dapur.cantiknya sebab aku nak buat dapur yg temanya macam dalam gambar tu.huhuuuu...merah+hitam... tersangatlah aku suka...tp rumah pun takde lagi..hahaaaa..ku berangan sudah..

bowling times:)

hi.. lama dah event ni..tp baru skrg nak blogkan.hehe..
ni family day JKA.. syok gak..main boling kat Giant Kulim.
kelakar..macam2 ragam ada bila tgk kawan2 main boling. ketawakan org plak, aku baling bola asyik masuk longkang jek..main 2 frame pun jatuhan pin cm 200++ je..hahaaaaa..
tp oklah bersukan. kuar gak peluh.sakit tgn biasalah kalau dah angkat bola berat2.. t ada kelapangan nak ajak husband i plak g main.

MUEZZA

Muezza (atau Mu'izza) (Arab: معزة‎) diakatakan merupakan seekor kucing peliharaan Nabi Muhammad SAW yang paling disayangi.Berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya), berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan terhadap cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.


Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tetamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan ditaruh Muezza pada paha baginda.Anak yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk.Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW ke atas kucing, kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengkasari haiwan tidak kira samaada haiwan itu haram dimakan atau tidak adalah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari Allah.

KuciNg

Sumber: Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.



Kucing dan Islam

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

Thursday, March 17, 2011

aura warna dengan hari

ISNIN = PUTIH




Warna putih merupakan warna yang merangsang kelenjar Pineal dan kelenjar Pitutary. Menurut teori warna putih ini, seseorang itu perlu mempunyai tidur yang cukup untuk menghadapi hari Isnin. Kerana tidur yang tak cukup akan membuatkan badan terasa lemah dan malas untuk berkerja atau ke kelas. Hari Isnin merupakan hari yang baik untuk pencetusan idea baru di mana kekuatan hari Isnin adalah lebih reatif dan efisyen.



Jika diperhatikan, pada hari Isnin juga, pohon bunga yang berwarna putih juga akan lebih mekar berbanding hari lain. Begitu juga jika ingin menanam pokot itu, pokok berbunga putih akan lebih sukar untuk hidup jika ditanam pada hari lain.



Bagi doktor dan pesakit pula, rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah penyakit lemah semangat, kelesuan, tiada keyakinan diri, halusinasi, nyanyuk dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan kelenjar Pitutary dan Pineal.


SELASA = PINK



Warna pink pula mempunyai perkaitan dengan bahagian Thalamus. Thalamus berperanan sebagai penjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini juga merupakan hari yang paling sesuai untuk beremosi (bukan marah-marah ya), tapi untuk meluahkan perasaan kasih sayang. Hari ini juga sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana jika berlaku kesesatan sekalipun, ianya dapat diimbangi dengan daya penghayatan yang tinggi pada hari ini.



Jadi, jika kalian memakai pakaian berwarna pink, kuasa pujukan juga akan bertambah kuat. Jangan pula pakai warna merah ya (maaf la kaum Adam sekalian ya hehe) kerana mereka yang dipujuk akan menentang semula.


Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah migrain, attention-deficit / hyperactivity disorder (kanak-kanak yang bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus.


RABU = BIRU



Untuk hari ini, ia merangsang kelenjar Tiroid dan mempunyai hubungan yang baik dengan muzik. Kalau ikut ilmu kedoktoran, pada hari ini, paras hormone thyroxine akan dirembes dalam kadar yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan kata-kata secara lebih berkesan. Oleh itu, hari ini merupakan hari yang terbaik untuk berucap, bercakap, behujah, bersidang, berpidato dan apa-apa sahaja la ang berkaitan dengan ‘percakapan’.



Rujukan para doktor, hari ini kalian sesuai untuk merawat penyakit beguk, tongsel, kerongkong dan semua yang berkaitan dengan tiroid.



KHAMIS = KUNING / OREN



Warna kuning mampu merangsang sistem penghadaman, manakala warna oren adalah warna kesuburan. Pada hari ini, kalian tidak digalakkan untuk makan terlalu banyak pada waktu siang untuk bagi peluang kepada sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Maka, sistem penghadaman dapat menghadan segala sisa makanan dalam badan untuk menjadi zat dan tenaga. Pada hari ini juga, asid folik yang amat sukar untuk dihasilkan pada hari biasa tapi akan aktif pada hari ini...



Warna oren juga meransang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, sesuai untuk pasangan suami isteri. Cuba kita pandang balik kepada ajaran Islam. Ada benarnya kan – subhanallah

JUMAAT = HIJAU

Warna hijau pula mempunyai tenaga yang baik terhadap jantung dan paru-paru. Pada hari Jumaat, klorofil juga akan aktif membebaskan oksigen. Maka, hari ini juga merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah. Biasanya, pada hari lain kita akan mudah terasa lemas jika berada dalam kesesakan orang ramai. Dan fungsi pernafasan yang baik pada hari ini membolehkan kita berhimpit-himpitan di dalam masjid untuk menunaikan solat Jumaat – bagus sekali kombinasi ini dengan Islam.



Hari ini merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan rawatan kardiovaskular dan paru-paru kerana paras oksigen dalam atmosfera yang tinggi.



SABTU = MERAH



Mempunyai hubungan dengan usus, otot, darah, tulang dan saraf. Hari sabtu merupakan hari yang paling sesuai untuk bersosial dan menjalankan aktiviti lasak


AHAD = HITAM



Pada hari ini, zarah-zarah akan tertumpu kepada satu kawasan sahaja berbanding hari lain yang bergerak secara rawak. Dan gerakan zarah ini akan menyamai zarah dalam air walaupun ianya zarah dalam atmosfera. Maka, sepatutnya, warna pada hari ini adalah warna putih, namun menjadi hitam kerana pergerakan zarah yang menyamai sifat air.
Hari Ahad merupakan hari yang paling sesuai untuk beristirehat. Memandangkan penyerakan zarah yang tidak stabil, pemakaian warna hitam akan mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing.

***dr blog:http://wo-de-boke.blogspot.com.